Aktres jelita, Datin Diana Danielle berkongsi sekeping foto 'selfie' memakai tudung.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Dalam foto tersebut, Diana mengenakan tudung berwarna merah dengan sepasang baju kurung.
"Lama tak selfie, kening tebal sebelah, tu lah rabun tak nak mengaku," tulis Diana ringkas sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Diana memakai tudung.
"Manisnya bertudung.
"So sweet dan simple bertudung.
"Manis," tulis netizen.
Dalam industri hiburan pula, Diana mula aktif bergiat pada sekitar tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
source: http://www.gempak.com/artikel/23139/manisnya-bertudung-netizen-terpegun-lihat-diana-danielle-memakai-hijab