Tuesday, August 20, 2019

"Kalau Dulu Saya Suka Kongsi Kisah Peribadi, Tetapi Sekarang..." - Tasha Shilla


Pelakon Tasha Shilla akui berasa lebih tenang dengan kehidupannya sekarang berbanding dahulu.

Menurut Tasha, dia lebih selesa untuk tidak lagi berkongsi kisah peribadinya kepada umum seperti yang dilakukan pada zaman awal kemunculannya.

"Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang lebih tenang berbanding dahulu.

"Kalau dahulu saya suka kongsi kisah peribadi kepada umum, tapi sekarang saya lebih selesa untuk menyimpannya sahaja," ujarnya.

Tasha berkata demikian ketika ditemui di sesi ramah mesra bersama pelakon drama bersiri yang dibintanginya iaitu Kau Yang Pertama di Taman Wahyu, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, Tasha menambah, walaupun dia sudah jarang kelihatan di media arus perdana, namun rezekinya dalam bidang hiburan sentiasa ada.

"Bercakap mengenai kemunculan semula saya dalam industri, saya bersyukur kerana masih berpeluang untuk berlakon.

"Namun sebelum ini, walaupun saya jarang kelihatan di media arus perdana, namun rezeki saya sentiasa ada, saya ada juga muncul di beberapa platform lain sejak kebelakangan ini," tambahnya lagi.

Drama bersiri Kau Yang Pertama yang disiarkan di TV3 itu turut menampilkan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah sebagai tunjang utama.

source: http://www.gempak.com/artikel/23382/kalau-dulu-saya-suka-kongsi-kisah-peribadi-tetapi-sekarang-tasha-shilla

Add Comments


EmoticonEmoticon