Monday, September 25, 2017

NABILA RAZALI TANGGUH KULIAH SARJANA


SELEPAS putus cinta lebih setahun lalu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali akui sekarang bukanlah masa untuk mencari pengganti.
Tatkala kerjaya sedang memuncak dan tawaran semakin banyak, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali,24, memanfaatkan waktu ini sebaik mungkin untuk fokus pada kerjaya.
“Selepas putus cinta tahun lepas, saya sibuk dengan kerja. Jadi tidak ada masa nak fikir cari kekasih baharu.
“Mula-mula memamglah ada perasaan kecewa. Namun saya sentiasa sibukkan diri. Dapatlah melupakan apa yng berlaku,” ujar Nabila.
Malah penuntut Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini juga sanggup menangguh seketika pelajaran agar kerjaya berjalan lancar.

“Bagi saya pada usia berapa sekali pun masih boleh menyambung pelajaran. Buat masa sekarang saya mahu fokus pada kerjaya seni dahulu.
“Saya sambung belajar ke peringkat sarjana kerana mahu jadi pensyarah. Bagaimanapun kalau boleh saya tidak mahu berhenti menyanyi dan berlakon.
“Sementar masih ada peminat, selagi ada daya dan orang masih mahukan saya, tidak salah untuk terus aktif dalam bidang seni,” jelas penyanyi lagu Cemburu ini.
Bercakap soal kerjaya, Nabila kini sedang giat mempromosikan lagu berjudul Pematah Hati. Dia juga bakal muncul dalam drama 26 episod, Matahari Cerah Lagi.

Add Comments


EmoticonEmoticon